Showing posts with label Luahan ati. Show all posts
Showing posts with label Luahan ati. Show all posts

Monday, 21 November 2011

Merci Mon Ex


 Aku pernah sayangkan seseorang. Sungguh. Sangat2 sayang. Tak pernah aku sayangkan seseorang sampai tahap yang aku sendiri xpercaya aku sayangkan si dia sebegitu rupa. Haha! Kenapa aku sayangkan si dia sebab aku sayang la. [jgn mare ye.. gurau2 je] Selama aku hidop 20 tahun ni, belom pernah lagi aku terasa nk couple dengan siapa2. Memang xpernah. Aku pon tak sangka aku boleh sayang kan si dia sangat3. Memang aku nak hidup bersama si dia tapi aku terima takdir Allah. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yg menentukan. Bila aku rindu, kat sini la tempat aku meluahkan perasaan.
Takdir memang tak boleh diduga. Yang lepas tu lepas la kan. Pengalaman banyak mematangkan pemikiran aku. Aku amik kate2 dari terfaktab, “Well, kita patut akui bahawa kalau tiada bekas kekasih, mungkin kau masih bangang bermain dengan cinta. Kiranya, ada juga fungsi bila kau putus dan ada benefit bila kau muhasabah diri mengenang balik kesilapan kau serta kesilapan orang yang pernah kau sayang.” Kate2 itu ade benarnya, aku tak nafikan. Memang la susah tapi jangan lupa, aku ada kehidupan yang perlu aku teruskan.

Well, akhir kate dari aku, belajar la menyayangi diri sendiri kerna diri sendiri sangat2 memerlukan kasih n sayang dari kita sendiri.

Message to my Ex : - 

“I know u doing well now n ur life is flying with beautiful rainbow color. I’m happy for u. I wish nothing but the very best for you. Thank a lot for the experiences that we been through together. Thanks for the love, miss, care and gifts that u ever gives to me. I appreciate it. If at the age of twenty eight years n you don’t found a candidate of ur heart, then find me. Thank you so much!”


p/s – aku masih dalam proses “recover”

Monday, 7 November 2011

The journey of feeling


Hola! Bersawang blog ni ye. Lame xupdate sbb xtau nk update ape kat sini. Lgpon blog ni aku wujudkan untuk mengeluarkan segala rasa ati. Nak diluah pada yg sudi, aku sure xde sape yg nk dengar. Hehe.. xpe2. Aku menjalani idop yg jauh lebih baek, tenang dan ceria. Ape lg yg aku nk cite ye. Meh aku cite pasal perjalanan perasaan aku selama ni ye. Biasa la ade pasang dan surutnye. Kisahnye berbunyi begini………

Aku datang belajar dan merantau. 1st time aku duduk jauh dari family. Perasaan takot sangat kuat dalam diri aku tapi aku nk kan kebebasan dalam masa yg sama. 



Berada di menara gading bukan la impian yg aku pernah tanam sejak dari kecik tapi sekarang aku berada disini. Disamping membe2 yg berbeza latar belakang, budaya, agama dan macam2 lg.

 

Masa berlalu pantas. Dari pemerhatian, dari banyak kisah, dari setiap pendapat, aku mula belajar menilai manusia. Macam2 label yg diberi kepada mereka. Timbul perasaan benci dalam diri pada mereka2 yg aku anggap seperti ape yg aku labelkan.
Suasana berubah, dengan 1001 alasan yg sukar untuk aku terima. Ati ku disunting dengan rasa bahagia. Punya teman, selalu bersama. Dia adalah manusia yg paling aku benci kini ada dihati. kenapa mesti dia???



Lalui idop berdua tapi tidak bercinta. Gosip datang kate kami terikat. Dari benci, memupuk rasa sayang. Bukan senang mewujudkan rasa cinta terutama pada yg berlainan jantina.


 
Diriku diasak oleh soalan yg aku sendiri tiada jawapannya. Lame memikirkannya, menimbang balik semua yg mungkin dan xmungkin terjadi. Cuba menafikan perasaan yg sudah mula menular dalam diriku.



Bila selalu terpisah dek kerana jarak yg memisahkan, atiku jadi rindu, sayangku makin kuat. Ku turut kate ati. Aku mengaku aku jatuh cinta pada dia. Melanggar prinsip diri yg selama ini aku pegang kemas untuk menyambut cintanya.

 

Aku jatuh cinta. Jatuh cinta yg pertama dalam diriku. Aku beri segalanya. Aku turut segalanya kerna cinta itu buta. Bahagia rasa hanya aku yg tahu. Apa saja dilakukan bersama. Gempar seantero dunia. 



Kasih, sayang dan cinta yg aku sulam sentiasa tebal dalam diri walaupun aku sering dilukai. Kerna cinta, aku abaikan membe2 aku. Bukan sbb aku lupa pada mereka tapi sbb aku punya komitmen yg tidak membolehkan aku untuk selalu bersama mereka. Kerna cinta aku hilang segala2 nya, aku hilang kawan2 aku, aku hilang family aku, aku hilang masa berharga aku, aku hilang minat aku.

 

Aku lakukan semua itu untuk dia. Hanya untuk dia. Aku harapkan hubungan ni berkekalan tapi tidak. Bila rasa cinta tidak pernah ada dalam ati, dengan mudah aku bersendiri lagi. Memerhatikan dirinya yg jauh berubah, menimbulkan rasa yg xenak di atiku. Dimanakah cinta ati ku yg selalu aku dambakan? 



Lama aku memikirkan keputusan aku ini, akhirnya aku nekad “Aku lepaskan dia. Pergilah… Jangan pernah kembali lagi”. Dengan ati yg berat aku relakan semuanya…

 

Patah ati, hancur jiwa ku hanya Tuhan yg tahu. Aku harap aku bersedia. Aku gagahkan jua diri untuk terus berdiri. Menghilangkan segala rasa dan perasaan secepat yg mungkin.



Aku fikir kami sama2 terluka dan derita. Harapan aku pada masa itu cuma satu iaitu….

 

Tapi tanggapan aku meleset. Dia sudah punya pengganti diriku. Penyebab perubahan mendadak yg terjadi rupanya.



Disbbkan aku diperlakukan begini, aku jadi terlalu keras. Keras untuk mengubah haluan hidup menjadi yg lebih baek. Aku kenal sgt diri aku, sekali aku kata begitu, begitu la sampai akhirnya.

 

Masa bergerak dengan pantas dan seiringan. Aku makin mengerti apa pentingnya di dunia ini. Hidup perlu dinikmati bukan untuk dizalimi. Hidup akan lebih bererti jika aku maju ke hadapan. Pengalaman mendewasakan aku.




Amacam? Ade faham? Xfaham erk.. faham2 kn je la. Hahaha! Tu la serba sedikit perjalanan perasaan aku. Bodoh kn? So korang jangan la jadi bodoh macam aku. [aku ngaku aku bodoh weh!]  Orang kate mende2 macam ni boleh mendewasakan kita. Siyes.. mmg aku patah ati, hancur ati dan macam2 lg tp aku percaya Tuhan itu maha adil. Aku sebenarnya bersyukur dengan dugaan yg DIA beri pada aku. Sekurang2nya aku belajar banyak perkara dan selalu mengingati DIA.

p/s – Jangan buang masa untuk sesuatu yg belom pasti milik kita. Jangan pernah terlibat kalau tidak bersedia untuk menanggung segala risikonya.
 

Sunday, 23 October 2011

Matters you should taking care of when you with him


Da sminggu aku xsihat. Xde mood sangat nak berfikir banyak. Ati pon macam serabut, xtau nape maybe sbb aku nk sangat balik. Idop aku so far so good tapi batin tu macam kosong sangat. Saat2 macam ni memang aku perlukan kekuatan. Tuhan je la yg tau ape yg aku rasakan. Aku nk share mende yg korang kena tau pasal dia bila korang jadi awek dia skang ni or maybe bakal awek dia nanti. 

1 - Tunjukkan rasa cinta setiap ari. Dia sgt suke bile kamu ckp "I Love U" ari2 dan setiap masa pon xpe. Dia akan bertambah2 sayang kat kamu. Dia akan yakin dengan hubungan cinta korang. 

2 - Jangan sekali2 kamu bercakap dengan lelaki lain melainkan ada urusan yg sangat2 penting. Dia cepat jeles. Dia xsuke kamu bergaul dengan lelaki lain. Kamu hanya untuk dia. Igat tu.

3 - Jangan sekali2 mempersoalkan kelakian dia sbb dia seorang yg sensitif. Dia akan rasa rendah diri bile kamu persoalkan kelakian dia. Dia seorang yg penakot, terutama cite antu atau dok kat rumah sorang2, jadi jangan takotkan dia. 

4 - Sentiase percaya dengan ape yg dia buat walaupon kamu xyakin dengan ape yg dia buat. Bila terpakse berjauhan, percaya la dengan setiap kate yg dia bagitau kat kamu.

5 - Jangan sekali2 sebut perkataan "putus" pada dia sbb perkataan tu boleh mengubah rasa cintanya pada kamu. Walaupon perkataan tu nampak macam normal pada pasangan yg bercinta tapi x bagi dia. 

6 - Jangan biarkan dia keseorangan sbb idop dia akan serabut bila dia berseorangan. Sentiasa la berada disamping dia dalam keadaan ape skali pon. Dia perlukan kamu untuk mengatur idop dia.
7 - Jaga la makan, minom dan pakai dia. Ape saja pendapat kamu, dia mesti akan turuti. Pastikan dia makan dengan cukup sbb dia memang kuat makan, pastikan dia minom air yg cukup sbb dia sangat susah nk minom air, kene ingatkan dia pasal baju yg xbasuh lg sbb dia suke pakai baju rotate2. 

8 - Lapor sume aktiviti kamu sbb dia nk tau sume aktiviti kamu dari a sampai la z. Walaupon nk g toilet, lapor je. 

9 -Ade masanye kamu kene pujuk dia sbb dia perlukan perhatian kamu 24/7. Dia sorang yg manje dan memerlukan belaian setiap masa. Kalo xbleh bg komitmen macam tu dia akan merajok lg lame. 

10 - Don’t blame him. Jangan asyik menyalahkan dia sbb dia xsuke disalahkan walaupon memang salah dia sebenarnya. Ego laki bese la kn. 

Tu la serba sedikit perkara2 penting yg korang kene amik tau. Aku tau dia xbahagia bile dengan aku sbb tu aku lepaskan dia. Aku nk dia bahagia. Aku nampak perubahan dalam diri dia sedikit demi sedikit until completely change. Bukan senang aku nk amik keputusan ni. Berbulan2 aku fikirkn keputusan aku ni dan akhirnye aku lepaskan dia pergi. Alhamdulillah.. aku dengar dia bahagia skang dan aku doakan kebahagiaan dia. Kirenya berbaloi la aku lepaskan dia sbb dia da bahagia skang. Bagus la kalo macam tu. 

p/s – I’m sacrifice my love for his happiness and I hope it worth it.

Wednesday, 19 October 2011

Answers


Banyak yg tanye aku macam mana aku ubat ati aku yg kecewa ni. macam mane aku masih bisa tersenyum manis sedangkan dia di depan mate. xsaket ke ati bile terpandang dia? macam mana aku menerima qada dan qadar Tuhan dengan ati yg terbuka. macam mana aku bleh dengan senang melupakan sumenye. 

Xsenang sebenarnye. Sangat3 susah. Tipu la kalo aku kate aku xfrust. Aku memang frust gler tapi aku kena jadi kuat sbb ini cuma ujian kecil dari DIA. Ati ni masih terasa pedihnye. Luka masih berdarah. Cuma aku dan Tuhan saja yg tau macam mana keadaan ati masa ni. Aku bersyukur sbb aku masih ade Tuhan, Family dan Membe2 aku yg sentiasa ade disisi aku untuk berkongsi suka duka aku, yg cuba memahami keadaan aku dan cuba mengelak cakap2 yg sensitif. Aku xkisah korang nk cakap ape pon, aku bukan gadis yang sensitif. 

Aku pernah ditanya bermacam2 soklan dan dorang xpercaya. Nape xpercaya? Aku cakap ikot ape yang aku rasa. Xde point aku nk tipu pon. Aku xdapat ape2 kalo menipu. Hehe… kat bawah ni macam jawapan aku la. 

A : do u still love him?
B : nope
A : but y?
B : y should i lie to u?
A : but u love him so much rite?
B : nope. i don't
A : how could u throw those feeling away? i know u love him.
B : i told u, i don't love him. that's all just before.
A : don't u miss him
B : nope
A : even a bit?
B : nope
A : y u don't love him anymore? that's to fast!
B : he's not happy with me. y should i keep him?
A : but u love him so much
B : before
A : y u don't love him?
B : i've told u before
A : i don't understand
B : y should love him? did he deserve to be loved? did he even love me before or i
     just the only who really2 love him? he hurts me alot caused by the love. should i
     keep loving him but he's happy with someone else? should i missing him but he
     don't even remember me? should i keep thinking of him but he doesn't even a
     bit thinking of me?
A : i don't know what to say
B : now u know y i said it so?
A : ya. u been hurt so much and so many time
B : *smile :)

Ade persoalan lagi? Sila bertanye ye. Aku akan jawab sumenye. Hehe…

Monday, 26 September 2011

Ketenangan



Arini sgt2 tenang, siyes! Walaupon mcm2 cite yg aku dapat tapi aku still ok. Tu yg aku pelik. Nape aku xsaket ati ke, mare ke, rase nk bunuh org ke, nape erk? Aku rase cam tenang je, cam xde ape2 yg berlaku. Gler ar, memang jarang aku dapat perasaan cmni. Gler heaven siot! Haha! Sangat2 lapang dan tenteram. Ske3! 

Aku nk balik U, nk jumpe membe2 aku. Rindu seyh kat dorang. Da lame xlepak2 dengan dorang. Byk story mory nk tell dorang ni. Bile la aku nk freedom ni. Bosan la. Aku rase macam nk keluar je g mane2, sjok gler ni. 

Actually, aku xde cite pon nk story kat sini. Xtau nk tulis ape. Nanti kalo aku ade idea, aku tulis lg ye. Hehe. Papai!

Thinking to much...


Aku jadi stress. Nape??? Ntah la.. byk sgt yg difikirkan di dalam kpala. Aku cube tarik nafas dan hembus nafas tapi masih terase ketegangan di kpala. Aku xnk memikirkn ape2 tapi nape kpala ni ligat berfikir. Arghhhhhhh! Bosan btol idop cmni. Org kate kite diuji sebab Tuhan sygkn kite. aku da melepaskn sumenye tapi knape kpala ni tetap gak berat? Ape lg yg xabes di dalam diriku ini? 

Mungkin sebab kebosanan yg melanda aku kot. Keje xde, cmni la stiap ari. Maybe ati aku xde kat sini. Knape aku perlu risaukn pasal jodoh? Jodoh akan datang dengan sendiri nya. Jodoh da ditentukan oleh Tuhan. Stiap org, ade jodoh nye sendiri. Kite hanya perlu berusaha. Jangan diturut ati yg sdey, nanti merana. Jangan di layan ati yg bimbang, biarkn sumenye berlalu pergi. Aku tau bukan mudah tapi ini la ketentuan DIA. Aku kena terima qada dan qadar yang telah ditentukan oleh DIA. 

Jangan la diulang kesilapan yg dulu. Memang saket tp Tuhan tau mane yg terbaek utk aku. Mungkin skang aku saket, sape tau akan datang aku bahagia. Kn? Aku cume nk abeskan sumenye dan pergi dari sini. Tu je yg aku harapkan skang ni. 

Ya Allah.. bantu la hambamu ini melalui detik2 yg sukar dalam idop ku ini. Sesungguhnya aku sgt lemah ya Allah. Aku perlukan sokongan dari-Mu. Kasihi la ku seperti mane yg selayaknya Engkau kasihi. Aku redha dgn ujian-Mu Ya Allah…