Hola! Bersawang blog ni ye. Lame xupdate sbb xtau nk update
ape kat sini. Lgpon blog ni aku wujudkan untuk mengeluarkan segala rasa ati.
Nak diluah pada yg sudi, aku sure xde sape yg nk dengar. Hehe.. xpe2. Aku
menjalani idop yg jauh lebih baek, tenang dan ceria. Ape lg yg aku nk cite ye.
Meh aku cite pasal perjalanan perasaan aku selama ni ye. Biasa la ade pasang
dan surutnye. Kisahnye berbunyi begini………
Aku datang belajar dan merantau. 1st time aku
duduk jauh dari family. Perasaan takot sangat kuat dalam diri aku tapi aku nk
kan kebebasan dalam masa yg sama.
Berada
di menara gading bukan la impian yg aku pernah tanam sejak dari kecik tapi
sekarang aku berada disini. Disamping membe2 yg berbeza latar belakang, budaya,
agama dan macam2 lg.
Masa
berlalu pantas. Dari pemerhatian, dari banyak kisah, dari setiap pendapat, aku
mula belajar menilai manusia. Macam2 label yg diberi kepada mereka. Timbul
perasaan benci dalam diri pada mereka2 yg aku anggap seperti ape yg aku
labelkan.
Suasana
berubah, dengan 1001 alasan yg sukar untuk aku terima. Ati ku disunting dengan
rasa bahagia. Punya teman, selalu bersama. Dia adalah manusia yg paling aku benci kini ada dihati. kenapa mesti dia???
Lalui
idop berdua tapi tidak bercinta. Gosip datang kate kami terikat. Dari benci,
memupuk rasa sayang. Bukan senang mewujudkan rasa cinta terutama pada yg
berlainan jantina.
Diriku
diasak oleh soalan yg aku sendiri tiada jawapannya. Lame memikirkannya,
menimbang balik semua yg mungkin dan xmungkin terjadi. Cuba menafikan perasaan
yg sudah mula menular dalam diriku.
Bila
selalu terpisah dek kerana jarak yg memisahkan, atiku jadi rindu, sayangku
makin kuat. Ku turut kate ati. Aku mengaku aku jatuh cinta pada dia. Melanggar
prinsip diri yg selama ini aku pegang kemas untuk menyambut cintanya.
Aku
jatuh cinta. Jatuh cinta yg pertama dalam diriku. Aku beri segalanya. Aku turut
segalanya kerna cinta itu buta. Bahagia rasa hanya aku yg tahu. Apa saja
dilakukan bersama. Gempar seantero dunia.
Kasih,
sayang dan cinta yg aku sulam sentiasa tebal dalam diri walaupun aku sering
dilukai. Kerna cinta, aku abaikan membe2 aku. Bukan sbb aku lupa pada mereka
tapi sbb aku punya komitmen yg tidak membolehkan aku untuk selalu bersama
mereka. Kerna cinta aku hilang segala2 nya, aku hilang kawan2 aku, aku hilang
family aku, aku hilang masa berharga aku, aku hilang minat aku.
Aku
lakukan semua itu untuk dia. Hanya untuk dia. Aku harapkan hubungan ni
berkekalan tapi tidak. Bila rasa cinta tidak pernah ada dalam ati, dengan mudah
aku bersendiri lagi. Memerhatikan dirinya yg jauh berubah, menimbulkan rasa yg
xenak di atiku. Dimanakah cinta ati ku yg selalu aku dambakan?
Lama
aku memikirkan keputusan aku ini, akhirnya aku nekad “Aku lepaskan dia.
Pergilah… Jangan pernah kembali lagi”. Dengan ati yg berat aku relakan semuanya…
Patah
ati, hancur jiwa ku hanya Tuhan yg tahu. Aku harap aku bersedia. Aku gagahkan
jua diri untuk terus berdiri. Menghilangkan segala rasa dan perasaan secepat yg
mungkin.
Aku
fikir kami sama2 terluka dan derita. Harapan aku pada masa itu cuma satu iaitu….
Tapi
tanggapan aku meleset. Dia sudah punya pengganti diriku. Penyebab perubahan
mendadak yg terjadi rupanya.
Disbbkan
aku diperlakukan begini, aku jadi terlalu keras. Keras untuk mengubah haluan
hidup menjadi yg lebih baek. Aku kenal sgt diri aku, sekali aku kata begitu,
begitu la sampai akhirnya.
Masa
bergerak dengan pantas dan seiringan. Aku makin mengerti apa pentingnya di
dunia ini. Hidup perlu dinikmati bukan untuk dizalimi. Hidup akan lebih bererti
jika aku maju ke hadapan. Pengalaman mendewasakan aku.
Amacam?
Ade faham? Xfaham erk.. faham2 kn je la. Hahaha! Tu la serba sedikit perjalanan
perasaan aku. Bodoh kn? So korang jangan la jadi bodoh macam aku. [aku ngaku
aku bodoh weh!] Orang kate mende2 macam
ni boleh mendewasakan kita. Siyes.. mmg aku patah ati, hancur ati dan macam2 lg
tp aku percaya Tuhan itu maha adil. Aku sebenarnya bersyukur dengan dugaan yg
DIA beri pada aku. Sekurang2nya aku belajar banyak perkara dan selalu
mengingati DIA.
p/s
– Jangan buang masa untuk sesuatu yg belom pasti milik kita. Jangan pernah terlibat kalau tidak bersedia untuk menanggung segala risikonya.