Monday 7 November 2011

The journey of feeling


Hola! Bersawang blog ni ye. Lame xupdate sbb xtau nk update ape kat sini. Lgpon blog ni aku wujudkan untuk mengeluarkan segala rasa ati. Nak diluah pada yg sudi, aku sure xde sape yg nk dengar. Hehe.. xpe2. Aku menjalani idop yg jauh lebih baek, tenang dan ceria. Ape lg yg aku nk cite ye. Meh aku cite pasal perjalanan perasaan aku selama ni ye. Biasa la ade pasang dan surutnye. Kisahnye berbunyi begini………

Aku datang belajar dan merantau. 1st time aku duduk jauh dari family. Perasaan takot sangat kuat dalam diri aku tapi aku nk kan kebebasan dalam masa yg sama. 



Berada di menara gading bukan la impian yg aku pernah tanam sejak dari kecik tapi sekarang aku berada disini. Disamping membe2 yg berbeza latar belakang, budaya, agama dan macam2 lg.

 

Masa berlalu pantas. Dari pemerhatian, dari banyak kisah, dari setiap pendapat, aku mula belajar menilai manusia. Macam2 label yg diberi kepada mereka. Timbul perasaan benci dalam diri pada mereka2 yg aku anggap seperti ape yg aku labelkan.
Suasana berubah, dengan 1001 alasan yg sukar untuk aku terima. Ati ku disunting dengan rasa bahagia. Punya teman, selalu bersama. Dia adalah manusia yg paling aku benci kini ada dihati. kenapa mesti dia???



Lalui idop berdua tapi tidak bercinta. Gosip datang kate kami terikat. Dari benci, memupuk rasa sayang. Bukan senang mewujudkan rasa cinta terutama pada yg berlainan jantina.


 
Diriku diasak oleh soalan yg aku sendiri tiada jawapannya. Lame memikirkannya, menimbang balik semua yg mungkin dan xmungkin terjadi. Cuba menafikan perasaan yg sudah mula menular dalam diriku.



Bila selalu terpisah dek kerana jarak yg memisahkan, atiku jadi rindu, sayangku makin kuat. Ku turut kate ati. Aku mengaku aku jatuh cinta pada dia. Melanggar prinsip diri yg selama ini aku pegang kemas untuk menyambut cintanya.

 

Aku jatuh cinta. Jatuh cinta yg pertama dalam diriku. Aku beri segalanya. Aku turut segalanya kerna cinta itu buta. Bahagia rasa hanya aku yg tahu. Apa saja dilakukan bersama. Gempar seantero dunia. 



Kasih, sayang dan cinta yg aku sulam sentiasa tebal dalam diri walaupun aku sering dilukai. Kerna cinta, aku abaikan membe2 aku. Bukan sbb aku lupa pada mereka tapi sbb aku punya komitmen yg tidak membolehkan aku untuk selalu bersama mereka. Kerna cinta aku hilang segala2 nya, aku hilang kawan2 aku, aku hilang family aku, aku hilang masa berharga aku, aku hilang minat aku.

 

Aku lakukan semua itu untuk dia. Hanya untuk dia. Aku harapkan hubungan ni berkekalan tapi tidak. Bila rasa cinta tidak pernah ada dalam ati, dengan mudah aku bersendiri lagi. Memerhatikan dirinya yg jauh berubah, menimbulkan rasa yg xenak di atiku. Dimanakah cinta ati ku yg selalu aku dambakan? 



Lama aku memikirkan keputusan aku ini, akhirnya aku nekad “Aku lepaskan dia. Pergilah… Jangan pernah kembali lagi”. Dengan ati yg berat aku relakan semuanya…

 

Patah ati, hancur jiwa ku hanya Tuhan yg tahu. Aku harap aku bersedia. Aku gagahkan jua diri untuk terus berdiri. Menghilangkan segala rasa dan perasaan secepat yg mungkin.



Aku fikir kami sama2 terluka dan derita. Harapan aku pada masa itu cuma satu iaitu….

 

Tapi tanggapan aku meleset. Dia sudah punya pengganti diriku. Penyebab perubahan mendadak yg terjadi rupanya.



Disbbkan aku diperlakukan begini, aku jadi terlalu keras. Keras untuk mengubah haluan hidup menjadi yg lebih baek. Aku kenal sgt diri aku, sekali aku kata begitu, begitu la sampai akhirnya.

 

Masa bergerak dengan pantas dan seiringan. Aku makin mengerti apa pentingnya di dunia ini. Hidup perlu dinikmati bukan untuk dizalimi. Hidup akan lebih bererti jika aku maju ke hadapan. Pengalaman mendewasakan aku.




Amacam? Ade faham? Xfaham erk.. faham2 kn je la. Hahaha! Tu la serba sedikit perjalanan perasaan aku. Bodoh kn? So korang jangan la jadi bodoh macam aku. [aku ngaku aku bodoh weh!]  Orang kate mende2 macam ni boleh mendewasakan kita. Siyes.. mmg aku patah ati, hancur ati dan macam2 lg tp aku percaya Tuhan itu maha adil. Aku sebenarnya bersyukur dengan dugaan yg DIA beri pada aku. Sekurang2nya aku belajar banyak perkara dan selalu mengingati DIA.

p/s – Jangan buang masa untuk sesuatu yg belom pasti milik kita. Jangan pernah terlibat kalau tidak bersedia untuk menanggung segala risikonya.
 

No comments:

Post a Comment